Dr Akmal tiba di Mahkamah Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tiba di Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam untuk pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, pada jam 8.25 pagi.
Muhamad Akmal diringi oleh ratusan penyokong, namun hanya beliau dan ahli keluarganya sahaja dibenarkan masuk ke pekarangan kompleks mahkamah.

Beliau diiringi lapan peguamnya yang diketuai Aizat Azam, Syahrul Syazwan Salehin, Hafiz Norkhan, Datuk Mohd Imran Tamrin, Syafiq Bahtiar, Zaki Shah,Fazreen Izuan dan Shakeel Saifuzzaman.
Isteri beliau, Datin Dr Fatin Nadhirah Idrus mengiringi beliau sehingga ke kamar mahkamah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

