Malaysia kuasai senarai destinasi mendaki terbaik Asia Tenggara

Laluan dinilai berdasarkan markah pengunjung, tahap populariti dan jumlah ulasan positif. Agensi
Laluan dinilai berdasarkan markah pengunjung, tahap populariti dan jumlah ulasan positif. Agensi
A
A
A

KUALA LUMPUR – Malaysia mengukuhkan reputasi sebagai syurga pendaki apabila sembilan daripada 10 laluan mendaki terbaik di Asia Tenggara disenaraikan berada di negara ini, menurut kajian terbaru pengendali pelancongan dalam talian, Exoticca.

Kajian itu menganalisis data daripada laman AllTrails merangkumi 11 negara Asia, termasuk Brunei, Kemboja, Timor Leste, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Laluan dinilai berdasarkan markah pengunjung, tahap populariti dan jumlah ulasan positif.

“Malaysia ternyata paling menonjol. Data menunjukkan pendaki menghargai laluan yang menggabungkan akses mudah dengan keindahan semula jadi,” kata jurucakap Exoticca dipetik oleh majalah Travel + Leisure.

Pemandangan Bukit Gasing Circular di Malaysia. Foto Pexels
Pemandangan Bukit Gasing Circular di Malaysia. Foto Pexels

Mendahului senarai ialah Bukit Gasing Circular, laluan hutan sepanjang 3.86 kilometer yang terletak antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Dengan purata penilaian 4.6 bintang daripada 2,225 ulasan, ia memperoleh skor 98.4 daripada 100. Pendaki memuji kepelbagaian laluannya, termasuk tangga curam, jambatan gantung dan pelantar tinjauan.

Turut berada di kedudukan teratas ialah Bukit Kiara melalui Changkat Abang Haji Openg (96.73 mata), terkenal dengan laluan yang menghubungkan beberapa kawasan hijau sekitar Kuala Lumpur, serta rangkaian Twin Peaks–Quill Killer–Rock Garden–Lower Carnival (95 mata) sepanjang 4.66 km dengan denai berhutan teduh.

Artikel Berkaitan:

Ketumbar Hill di Cheras pula meraih tempat keempat dengan 93.9 mata, popular dalam kalangan penduduk bandar kerana akses mudah dan pemandangan kota, menjadikannya pilihan utama untuk mendaki pada waktu pagi.

Satu-satunya laluan bukan Malaysia yang tersenarai ialah Wat Pha Lat 'Monk’s Trail' ke Doi Suthep di Chiang Mai, Thailand, yang berada di tangga kelima dengan panjang 7.24 km. Selebihnya, sembilan daripada 10 destinasi mendaki terbaik rantau ini kekal milik Malaysia.-Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!