Bas henti-henti bawa pelancong disita, cukai jalan tamat tempoh

Saman dikeluarkan kepada pemandu serta pemilik kenderaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan peraturan berkaitan.
Saman dikeluarkan kepada pemandu serta pemilik kenderaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan peraturan berkaitan.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Cukai jalan tamat tempoh antara kesalahan yang dikesan membabitkan tiga bas henti-henti yang membawa penumpang termasuk pelancong dalam operasi harian dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Selain itu, pemeriksaan turut mendapati sijil pemeriksaan PUSPAKOM bas terbabit juga tamat tempoh sejak Mei dan Jun lalu.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, tindakan sitaan kemudian dijalankan selepas pihaknya mendapati bas yang ditahan itu beroperasi dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat sejak April dan Jun 2025.

“Kesalahan ini sangat membahayakan kerana ia melibatkan kenderaan awam yang membawa penumpang termasuk pelancong di kawasan tumpuan pusat bandar.

“JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha yang gagal mematuhi undang-undang,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, pemeriksaan mendapati semua pemandu bas terbabit merupakan warga tempatan.

“Saman dikeluarkan kepada pemandu serta pemilik kenderaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan peraturan berkaitan.

“JPJ memandang serius sebarang bentuk ketidakpatuhan terutama melibatkan kenderaan awam yang mengangkut penumpang,” katanya.

Menurutnya, JPJ akan terus memperkukuh penguatkuasaan harian bagi memastikan keselamatan dan integriti sistem pengangkutan awam sentiasa terpelihara.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga mengalu-alukan kerjasama masyarakat dengan menyalurkan maklumat melalui aplikasi MyJPJ: e-Aduan atau e-mel rasmi aduantrafik@jpj.gov.my

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!