Pandu Porsche, Vellfire tapi tak ada cukai jalan

Sebuah Porsche antara empat kenderaan mewah disita dalam Operasi Luxury yang dijalankan JPJ Negeri Melaka
Sebuah Porsche antara empat kenderaan mewah disita dalam Operasi Luxury yang dijalankan JPJ Negeri Melaka
A
A
A

MELAKA - Sebuah Porsche antara empat kenderaan mewah disita dalam Operasi Luxury yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka selama tiga hari bermula 17 Ogos lalu.

Pemeriksaan di Jalan Tun Ali mendapati kereta itu dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh sejak 15 Ogos 2024.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop, operasi berkenaan turut menyita tiga lagi kenderaan mewah iaitu Mercedes, Toyota Vellfire dan Audi yang masing-masing dikesan memandu tanpa cukai jalan serta insurans sah.

“Mercedes dipandu lelaki berusia 54 tahun dikesan di Jalan Tun Abdul Razak telah tamat LKM sejak 4 November 2011, manakala Toyota Vellfire pula tamat tempoh pada 30 Julai 2024 di Jalan Taming Sari.

Porsche disita selepas LKM tidak diperbaharui sejak setahun lalu.
Porsche disita selepas LKM tidak diperbaharui sejak setahun lalu.

“Sebuah lagi kenderaan iaitu Audi ditahan di Jalan Melaka Sentral. Pemandunya seorang wanita berusia 25 tahun dan LKM kenderaan itu telah tamat pada 4 Disember 2024,” katanya menerusi kenyataan.

Siti Zarina berkata, operasi tersebut dijalankan secara Snap n Check bagi memastikan pemilik kenderaan mewah tidak terkecuali daripada mematuhi undang-undang jalan raya.

“Secara keseluruhan, empat kenderaan bernilai lebih RM1 juta telah disita sepanjang operasi ini dijalankan di sekitar bandar Melaka.

Artikel Berkaitan:

“JPJ Melaka mengingatkan semua pemilik kenderaan agar sentiasa memperbaharui cukai jalan dan insurans bagi menjamin keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!