Mazda dipandu berbahaya, langgar motosikal

Rakaman video yang tular memaparkan sebuah kereta dipandu secara melulu lalu melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.
Rakaman video yang tular memaparkan sebuah kereta dipandu secara melulu lalu melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis membuka siasatan berhubung satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Hamilton/Jalan Van Praagh di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.26 petang pada 19 Ogos lalu dan rakamannya tular di media sosial.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Mazda berwarna putih dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun memotong sebuah kereta lain secara berbahaya sebelum melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun mengalami kecederaan di tangan kanan, kaki kanan serta kepala, manakala pemandu kereta tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, pemandu kereta tersebut sudah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

“Orang awam yang menyaksikan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 39 saat memaparkan kejadian tersebut yang menunjukkan kereta dipandu secara melulu sehingga melanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan.

Video berkenaan dirakam melalui kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain yang berada di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!