Keputusan SPMU 2025 diumum esok - KPM

Seramai 10,049 calon telah mendaftar untuk menduduki SPMU yang dilaksanakan di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara. - Gambar hiasan
Seramai 10,049 calon telah mendaftar untuk menduduki SPMU yang dilaksanakan di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2025 akan diumumkan esok, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa seramai 10,049 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut, yang dilaksanakan di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara.

"Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2025 bermula 21 hingga 27 Ogos 2025, jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang,” menurut kenyataan itu.

Semakan keputusan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman sesawang myresultspmu.moe.gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMU diikuti nombor kad pengenalan dan angka giliran kemudian dihantar ke 15888.

"KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2025,” menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!