Lebih 40 penumpang hilang dalam tragedi bot karam di Nigeria

Agensi Pengurusan Kecemasan Negara (NEMA) dalam satu kenyataan berkata, bot berkenaan yang membawa lebih 50 penumpang ke sebuah pasar telah karam pada pagi Ahad.
Agensi Pengurusan Kecemasan Negara (NEMA) dalam satu kenyataan berkata, bot berkenaan yang membawa lebih 50 penumpang ke sebuah pasar telah karam pada pagi Ahad.
A
A
A

LAGOS - Pasukan penyelamat sedang mencari lebih 40 orang selepas sebuah bot mengalami kemalangan di Negeri Sokoto, barat laut Nigeria, menurut agensi kecemasan negara itu pada Ahad.

AFP melaporkan, Agensi Pengurusan Kecemasan Negara (NEMA) dalam satu kenyataan berkata, bot berkenaan yang membawa lebih 50 penumpang ke sebuah pasar telah karam pada pagi Ahad.

“Kira-kira 10 orang berjaya diselamatkan, manakala lebih 40 penumpang masih hilang,” kata NEMA.

Kemalangan bot merupakan kejadian yang sering berlaku di laluan air Nigeria yang kurang kawalan selia akibat masalah kesesakan dan penyelenggaraan yang lemah, khususnya ketika musim hujan tahunan apabila sungai dan tasik melimpah.

Sekurang-kurangnya 16 petani maut dalam kemalangan serupa pada Ogos 2024 apabila sebuah perahu kayu yang membawa mereka menyeberangi sungai ke sawah padi karam di Negeri Sokoto.

Pada 29 Julai lalu, enam kanak-kanak perempuan lemas selepas bot yang membawa mereka pulang dari kerja di ladang terbalik di tengah sungai di Negeri Jigawa, barat laut negara itu.

Dua hari sebelumnya, sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam satu lagi kemalangan bot di Negeri Niger, kawasan tengah Nigeria.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!