Wanita dicekup khalwat dengan rakan suami

Wanita itu dilihat turut membawa dua anak ketika ditahan.
Wanita itu dilihat turut membawa dua anak ketika ditahan.
A
A
A

KULIM - Ibu kepada dua anak sanggup memberi alasan tumpang tidur di rumah kawan lelaki akibat penat ketika ditahan berkhalwat di Taman Kenari di sini pada Ahad.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, semasa pemeriksaan, wanita berusia 27 tahun itu turut membawa kedua-dua anak lelaki berusia empat dan enam tahun.

Menurutnya, semasa serbuan kira-kira jam 10.03 pagi, pegawai penguat kuasa terpaksa menunggu selama kira-kira 20 minit sebelum pintu dibuka.

Seorang wanita dicekup berkhalwat dengan rakan suami di Taman Kenari di sini pada Ahad.
Seorang wanita dicekup berkhalwat dengan rakan suami di Taman Kenari di sini pada Ahad.

"Dia dakwa dalam proses cerai dan mengaku rapat dengan lelaki itu yang juga kawan kepada suami sejak suaminya masuk penjara awal tahun ini.

"Dia bagi alasan tumpang tidur sebab baru sampai dari Perlis dan penat sedangkan dimaklumkan rumah keluarga mertua berdekatan saja," katanya.

Semasa ditahan, dua anaknya turut dibawa dan dikatakan tidur bersama ibu mereka di ruang tamu.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!