Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di tiga negeri pada petang Sabtu.
MetMalaysia berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Mersing dan Kota Tinggi di Johor serta beberapa tempat di Sabah dan Sarawak sehingga jam 6 petang.
“Lokasi terlibat di Sarawak ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Tebedu), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah pula ia membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
MetMalaysia menjelaskan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm)/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ujarnya lagi, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

