Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos, memasang Jalur Gemilang pada kenderaan yang menyertai konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di pekarangan Ibu Pejabat ESSCOM, Lahad Datu, hari ini.
Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang bermula pada 1 Ogos dan merentasi 27 daerah sejauh 2,500 kilometer itu kini memasuki daerah Lahad Datu, iaitu daerah ke-18.
Konvoi membawa Jalur Gemilang yang bermula di daerah Penampang dan akan berakhir di daerah Tuaran ini mengambil masa perjalanan selama 20 hari, disertai 60 peserta melibatkan 20 kenderaan daripada 13 agensi. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
