Eogene mara bergaya ke suku akhir di Ipoh

Eogene Ewe
Eogene Ewe
A
A
A

USAHA Eogene Ewe memburu rentak konsisten diteruskan apabila pemain pilihan kedua itu mara ke suku akhir acara perseorangan lelaki Kejuaraan Badminton Cabaran Antarabangsa Petronas 2025 di Arena Badminton Perak, Ipoh pada Khamis.

Pemain berusia 20 tahun itu yang turut melangkah ke suku akhir Terbuka Kanada baru-baru ini hanya memerlukan 34 minit untuk menundukkan pemain pilihan ke-10 dari Sri Lanka, Rasindu Hendahewa, 15-12, 16-14 dalam Pusingan 16 Terbaik.

Rasindu berusia 23 tahun cuba memberi tentangan dengan gaya permainan agresif, namun Eogene kekal tenang untuk memastikan kemenangan straight set.

Eogene bakal berdepan pemain India, Alap Mishra pada aksi suku akhir selepas pilihan keenam itu, dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan wakil tuan rumah, Lee Shun Yang, 8-15, 15-8, 15-10 dalam pertarungan 39 minit.

Dua lagi wakil negara yang turut mara ke suku akhir, Chua Kim Sheng dan Jan Jireh Lee.

Kim Sheng menewaskan juara Bawah-21 Kebangsaan, Tan Kean Wei, 6-15, 15-8, 15-13, manakala Jan Jireh menundukkan rakan senegara pilihan kelima, Ong Zhen Yi, 15-12, 10-15, 15-9 dalam aksi lebih sejam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!