Dua lelaki dikesan curi wang tabung masjid di Yan

Rakaman CCTV memaparkan perbuatan itu disyaki dilakukan dua lelaki.
Rakaman CCTV memaparkan perbuatan itu disyaki dilakukan dua lelaki.
A
A
A

YAN – Tiga buah tabung milik Masjid Sedaka di sini telah dipecahkan dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang Rabu, disyaki dilakukan oleh dua lelaki seperti yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Imam masjid, Muhamad Nasir Ahmad berkata, kejadian disedari kira-kira jam 5 petang hari yang sama setelah menemui dua buah tabung telah dipecahkan.

“Kemudian saya membuat pemeriksaan di dalam masjid dan mendapati satu unit tabung lagi turut dipecahkan,” katanya.

Menurutnya, jumlah kerugian tidak dapat dipastikan setakat ini namun dianggarkan kecil kerana pihak pengurusan masjid kerap membuat kutipan berkala sebagai langkah keselamatan.

“Saya yakin jumlahnya tidak terlalu besar kerana kami selalu memeriksa dan mengeluarkan duit bagi tujuan keselamatan. Walaupun jumlah kecil, namun pendedahan dan peringatan harus dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Keadaan tabung masjid yang dipecahkan suspek.
Keadaan tabung masjid yang dipecahkan suspek.

Dalam pada itu, Muhamad Nasir turut berkongsi rakaman CCTV yang memaparkan wajah dua lelaki memecah masuk masjid sebelum mencuri wang dalam tabung tersebut.

Dalam rakaman terbabit, kelihatan seorang lelaki memakai baju berhud berwarna hijau, manakala seorang lagi memakai baju berhud berwarna biru dan hitam serta berseluar panjang.

Artikel Berkaitan:

Katanya, laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat di Balai Polis Yan pada Khamis untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!