Anak Rafizi diserang di pusat beli-belah

Rafizi
Rafizi
A
A
A

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan kejadian serangan terhadap anak lelaki bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di sini pada Rabu.

Dalam kejadian pada jam 2 petang itu, anak kepada Ahli Parlimen Pandan berusia 12 tahun berkenaan difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kejadian dilaporkan berlaku di kawasan menurunkan dan mengambil penumpang di pusat beli-belah berkenaan.

“Saya sahkan mengenai kejadian ini dan pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek yang terbabit.

“Kita juga sedang mendapatkan keterangan saksi dan petunjuk yang ada di kawasan kejadian,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Shazeli berkata, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital dengan ditemani ibu dan bapanya.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai jumlah penyerang dan cara serangan sehingga maklumat lengkap diperoleh.

“Beberapa tindakan telah diambil termasuk mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian untuk diteliti,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!