Pengasuh taska, guru tadika individu penting bantu pendidikan kanak-kanak

Pimpinan dan ahli jawatankuasa Perasko yang hadir sempena Majlis Hari Pengasuh dan Pendidik Peringkat Negeri Kelantan 2025.
Pimpinan dan ahli jawatankuasa Perasko yang hadir sempena Majlis Hari Pengasuh dan Pendidik Peringkat Negeri Kelantan 2025.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan guru taman didikan kanak-kanak (Tadika) merupakan individu penting mendidik kanak-kanak seawal usia selain ibu bapa mereka.

Yang Dipertua Pertubuhan Pra Sekolah dan Asuhan Kelantan (Perasko), Suriyati Mohamad berkata, mereka berperanan membantu membentuk akhlak, membina jati diri dan menanam nilai kasih sayang.

Suriyati
Suriyati

"Dua 'watak' ini penting dalam membimbing kanak-kanak supaya lebih berdikari sesuai dalam dunia penun mencabar manusia hidup dengan teknologi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Pengasuh dan Pendidik Peringkat Negeri Kelantan 2025.

Suriyati memberitahu, Perasko berusaha meningkatkan taraf profesion asuhan dan pendidikan awal dan menyediakan platform jaringan dan pembangunan profesional.

"Kita juga akan menjadi suara kolektif dalam isu-isu kebajikan dan dasar berkaitan bagi meningkatkan taraf pendidikan di peringkat kanak-kanak," katanya.

Jelas beliau, Majlis Hari Pengasuh dan Pendidik Peringkat Negeri Kelantan 2025 bukan sekadar simbolik sambutan tetapi pengiktirafan terhadap insan luar biasa di sebalik pendidikan awal kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis itu Perasko turut memberi pengiktirafan kepada melalui anugerah Bakti Abadi kepada Ketua Penyelia Taska iaitu Maryana Abdul Aziz dan Azlina Azman.

Turut disampaikan ialah Anugerah Ilham Cemerlang yang diterima oleh Penyelia Taska, Nik Nurul Rahwani Nik Rizwan dan Ketua Unit Taska, Yusnira Mat Yusof

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!