PM gariskan lima tonggak bagi rangka kerja negara AI Malaysia

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggariskan lima tonggak dalam Rangka Kerja Negara Kecerdasan Buatan (AI) untuk memastikan AI memberi manfaat kepada setiap rakyat Malaysia.
Beliau berkata, lima tonggak itu ialah dasar berpandangan ke hadapan; tenaga kerja yang dinamik dan celik digital; infrastruktur digital yang selamat dan dipercayai; pemerkasaan kepercayaan digital dan pelaburan strategik yang akan membangunkan ekosistem AI yang berdaya maju melalui perkongsian awam-swasta dan kerjasama global.
"Tonggak ini akan memacu Ekonomi MADANI, menjadikan AI lebih maju, inklusif, dipercayai dan dirangka untuk memenuhi keperluan tertentu. Ia bukan sekadar pelan hala tuju, ia adalah satu gerakan.
"Kementerian Digital, dengan Pejabat AI Kebangsaan menjadi terasnya, akan menerajui inisiatif ini,” kata beliau dalam ucaptama pada majlis pelancaran rasmi Sidang Kemuncak ASEAN AI Malaysia 2025 (AAIMS25) hari ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
