CCTV tangkap aksi dua lelaki curi wang tabung masjid

Aksi dua lelaki yang dipercayai mencuri duit tabung masjid dirakam CCTV
Aksi dua lelaki yang dipercayai mencuri duit tabung masjid dirakam CCTV
A
A
A

ROMPIN – Aksi dua lelaki mencuri wang tabung Masjid Al Hidayah Felda Keratong 7 di sini berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan pada Isnin.

Pengerusi masjid, Zamri Yusof, 62, berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 9.40 pagi dan pihak masjid hanya menyedari tabung terbabit sudah kosong selepas solat Isyak.

"Hasil rakaman CCTV, dua lelaki terlibat dalam kejadian tersebut yang juga merupakan pertama kali terjadi di masjid ini.

"Ada pekerja yang sedang membuat kerja di kawasan masjid ternampak kelibat mereka dan ingatkan mereka mahu solat atau menggunakan tandas," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, insiden itu amat dikesali dan pihak masjid tampil membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!