[VIDEO] Lelaki Myanmar didakwa bunuh rakan sebilik

A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin kerana membunuh rakan sebiliknya pada bulan lalu.

Tertuduh, Aye Thun, 59, hanya mengangguk mengerti ketika pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Malaysia terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh lelaki yang dikenali sebagai Thambi @ Mian Bia di rumah kongsi tapak pembinaan di Bandar Utama, di sini, kira-kira jam 9 malam pada 20 Julai lalu.

Tertuduh (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Isnin.
Tertuduh (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Isnin.

Akibat perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md Nor di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh setakat ini.

Nur Hazwani tidak menawarkan jaminan kerana kes ini membabitkan kes bunuh.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!