Ekonomi tidak akan maju tanpa kerjasama pusat, kerajaan negeri - Anwar

Anwar ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu.
Anwar ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ekonomi negara sukar digerakkan jika tiada kerjasama politik yang kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Beliau berkata, kestabilan politik amat penting dalam memastikan pembangunan ekonomi berjalan lancar dengan mengambil iktibar daripada situasi di Thailand baru-baru ini yang menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh singkat.

“Jangan pandang ringan. Ekonomi negara tidak akan berkembang kalau hubungan politik negeri dan pusat renggang.

“Itu sebab saya turun ke Kelantan hari ini untuk pastikan semangat kerjasama ini terus wujud,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Sabtu.

Anwar dan Mohd Nassuruddin semasa hadir pada Majlis Perasmian Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada Sabtu.
Anwar dan Mohd Nassuruddin semasa hadir pada Majlis Perasmian Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada Sabtu.

Hadir sama ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Menurut Anwar, sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran, beliau sentiasa berjumpa dan berbincang secara langsung dengan kepimpinan negeri bukan hanya melalui wakil semata-mata.

Ujarnya, setiap kali beliau berkunjung ke negeri, satu sesi khas bersama kepimpinan akan diadakan supaya mereka dapat memberikan pandangan dan input secara terus.

Artikel Berkaitan:

Beliau menegaskan, gabungan kestabilan politik dan kerjasama erat antara negeri dan Pusat adalah kunci untuk memastikan ekonomi negara bergerak maju secara mampan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!