Awesome TV fail saman fitnah terhadap Amir Raja Lawak, Mamak Puteh dan Abu Mamu

Awesome TV fail saman fitnah terhadap Amir Raja Lawak, Mamak Puteh dan Abu Mamu
Awesome TV fail saman fitnah terhadap Amir Raja Lawak, Mamak Puteh dan Abu Mamu
A
A
A

SHAH ALAM - Awesome Broadcasting Sdn Bhd atau Awesome TV memfailkan saman terhadap tiga selebriti tempatan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah sehingga menjejaskan imej dan reputasi stesen televisyen berkenaan.

Awesome TV dalam kenyataan berkata, saman tersebut dikenakan terhadap Mohamad Amirullah Azmi iaitu Amir Raja Lawak, Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad (Mamak Puteh) dan Abu Musarrif Abu Bakar (Abu Mamu).

Menurut kenyataan tersebut, dakwaan berkenaan melibatkan tuduhan Awesome TV yang gagal melunaskan bayaran bagi penglibatan mereka dalam program televisyen yang disiarkan di stesen televisyen terbabit.

“Pihak Awesome TV ingin menjelaskan bahawa semua program yang disiarkan di saluran kami diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat produksi luar dan sebarang urusan kontrak serta pembayaran artis adalah tanggungjawab penuh pihak produksi berkenaan.

“Kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga individu tersebut telah menjejaskan imej serta reputasi Awesome TV,” katanya pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, isu tersebut turut dibawa ke Parlimen oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid tanpa sebarang pemeriksaan dan fakta teliti, sekali gus mengundang salah faham serta memberi gambaran tidak tepat terhadap Awesome TV.

“Sebagai ahli Parlimen, beliau (Syerleena) sepatutnya berlaku adil menyiasat fakta sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

“Justeru itu, pihak Awesome TV telah mengarahkan firma guaman Shafie & Co untuk memfailkan saman berunsur fitnah terhadap mereka bagi melindungi integriti Awesome TV.

“Awesome TV memandang serius sebarang tuduhan yang tidak berasas dan sebarang usaha untuk mencemarkan nama baik Awesome TV,” ujar kenyataan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!