JOJ lambang kekuatan, warisan dan perpaduan orang Johor

MUAR - Program Jelajah Orang Johor (JOJ), yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN), Bukit Naning, Sabtu lalu, membuktikan bahawa program tersebut bukan sekadar acara turun padang kerajaan negeri, sebaliknya menjadi lambang kekuatan, warisan dan perpaduan rakyat di negeri ini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bukit Naning, Datuk Mohd Fuad Tukirin, JOJ kali ini, sambutan baik rakyat terhadap program berkenaan turut dilihat sebagai cerminan semangat jati diri dan kesatuan komuniti setempat.

"Kita dapati JOJ kali ini berlangsung meriah dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat.
"Penglibatan orang ramai dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan juga dilihat cukup baik sekali.
“Syukur atas kejayaan penganjuran hari ini. Terima kasih kepada semua pihak dan seluruh rakyat Bukit Naning yang turut hadir dan menyumbang tenaga dalam semangat Johor Bersama,” katanya.
Program JOJ merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor itu membawa pelbagai pengisian seperti khidmat komuniti, pemeriksaan kesihatan percuma, forum rakyat, pameran agensi kerajaan, jualan usahawan, aktiviti seni budaya serta program bersama anak muda.
JOJ kali ini turut diserikan dengan kehadiran Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, mewakili Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Pada program tersebut, Mohammad Fazli turut mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM100,000 bagi kerja-kerja naik taraf jalan kampung di kawasan tersebut.
Sementara itu, Mohd Fuad berkata, peruntukan berkenaan amat bermakna kerana ia akan digunakan bagi menambah baik kemudahan asas, khususnya jalan kampung yang menjadi nadi perhubungan rakyat.
Sekali gus Mohd Fuad berkata, berkata,, kerja-kerja naik taraf seperti in pasti memberikan manfaat secara langsung kepada penduduk dalam aspek keselamatan, kelancaran trafik dan keselesaan seharian.
“Ini bukan sekadar naik taraf jalan, ini ialah satu bentuk keprihatinan yang menyentuh kehidupan rakyat.
"Malah, ia membuktikan Kerajaan Negeri Johor prihatin dan responsif terhadap keperluan rakyat di peringkat akar umbi," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

