'Pembebasan ini bukti Eda Ezrin tidak bersalah' - Bapa

Wan Ismail bersyukur atas pembebasan anaknya dari Penjara Narathiwat selepas sembilan bulan.
Wan Ismail bersyukur atas pembebasan anaknya dari Penjara Narathiwat selepas sembilan bulan.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] "Pembebasan Eda Ezrin hari ini (Rabu) membuktikan dia tidak bersalah."

Demikian luah Wan Ismail Wan Yusuf, 52, bapa kepada penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30.

Menurut dia, selepas mengetahui anak sulungnya itu bebas pada jam kira-kira 2.20 petang Rabu, air mata jatuh berguguran tanpa henti.

"Alhamdulillah, sembilan bulan kami berada dalam keadaan yang sukar digambarkan memikirkan dia ditahan di Penjara Pusat Narathiwat.

"Hari ini Eda Ezrin dibebaskan.Saya belum memaklum lagi kepada dua anaknya," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Wan Ismail memberitahu, mereka akan mengadakan kenduri serta tahlil kesyukuran di masjid berdekatan rumah pada malam Khamis.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini pada Rabu.

Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam pada Rabu.

Difahamkan, Mahkamah Wilayah Narathiwat sekarang ini sedang menguruskan surat pembebasan mereka sebelum diserahkan kepada pihak penjara

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!