Eda Ezrin dibebaskan sepenuhnya

Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat pada Rabu.
Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat pada Rabu.
A
A
A

NARATHIWAT, THAILAND - [DIKEMAS KINI] Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini pada Rabu.

Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam pada Rabu.

Difahamkan, Mahkamah Wilayah Narathiwat sekarang ini sedang menguruskan surat pembebasan mereka sebelum diserahkan kepada pihak penjara.

Setakat jam 5 petang waktu tempatan dimaklumkan beberapa pegawai imigresen sudah berada di penjara untuk mengiringi mereka ke sempadan Sungai Golok.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan Eda Ezrin bersama suami dan empat lagi rakan terlepas daripada penjara selepas dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda yang ditemukan di dalam sebuah bilik hotel di Golok pada 1 November lalu.

Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas meneliti semua keterangan saksi pendakwaan semasa tiga hari prosiding sebutan semula kes tersebut pada 11, 13 dan 14 Februari lalu.

Bagaimanapun, semua rakyat Malaysia itu tetap kembali semula ke Penjara Wilayah Narathiwat meskipun mereka dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda pada 6 Mac.

Tindakan itu bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah membebaskan kesemua rakyat Malaysia itu.

Peguam bela yang mewakili Eda Ezrin, Sufian Abdul Aziz berkata, pendakwa raya boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sebulan hingga empat bulan.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!