Semangat patriotik



Setiap kali menjelang bulan Kebangsaan, pasangan suami isteri Abd Hamid Hussin, 74, dan Juriah Semat, 61, menghiaskan halaman rumahnya di sini dengan Jalur Gemilang.
Menurut Abd Hamid yang merupakan pesara tentera beliau dan isteri menghias rumahnya dengan Jalur Gemilang sejak 10 tahun sebagai tanda menunjukkan semangat patriotik terhadap negara sempena sambutan Hari Kebangsaan yang disambut pada tanggal 31 Ogos.
Tambahnya lagi, lebih 1,000 bendera dipasang disekeliling rumah bermula awal bulan ini hingga hujung bulan September nanti sempena bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia. Para pelancong dari luar negara juga akan mengunjungi rumah mereka untuk merakam gambar kenangan bersama hiasan Jalur Gemilang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
