Lelaki melecur terkena renjatan elektrik ketika berswafoto atas bumbung tren

Seorang lelaki melecur teruk akibat renjatan elektrik selepas panjat tren untuk swafoto di Cologne, Jerman. Gambar hiasan - Foto AFP
Seorang lelaki melecur teruk akibat renjatan elektrik selepas panjat tren untuk swafoto di Cologne, Jerman. Gambar hiasan - Foto AFP
A
A
A

DUSSELDORF - Seorang lelaki melecur teruk akibat renjatan elektrik selepas memanjat sebuah tren yang tidak bergerak di Stesen Pusat Cologne untuk mengambil gambar swafoto, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis Jerman dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, lelaki itu berada terlalu hampir dengan talian kuasa.

Walaupun tidak menyentuh secara langsung, arka elektrik telah terhasil dengan arus kira-kira 65 kali lebih kuat daripada soket kuasa biasa, menurut polis.

Lelaki itu terjatuh dari bumbung tren dan dikejarkan ke hospital dengan kesan melecur yang serius.

Semasa dalam keadaan sedar, mangsa memaklumkan bahawa dia mahu mengambil swafoto, menurut kenyataan itu.

Insiden pada Ahad itu menyebabkan gangguan besar kepada perkhidmatan tren dengan 24 tren dilaporkan terjejas, menurut seorang jurucakap. Polis sedang mencari saksi kejadian. - Bernama-dpa

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!