Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) 2025

Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) 2025 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sejak Rabu lalu (30 Julai), berjaya mencapai sasaran utama yang ditetapkan selain mencipta tujuh pencapaian dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Mohd Banuri Aris berkata, karnival yang menghimpunkan lebih 1,000 usahawan desa itu berjaya menarik 2.1 juta pengunjung sejak bermula pada Rabu sehingga 5 petang ini, melebihi sasaran 2 juta pengunjung. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
