Paramount Embun Hills pemangkin gaya kehidupan lestari

Kon Yeow (tengah) bersama Jeffrey (dua dari kiri) ketika melakukan gimik pelancaran projek Paramount Embun Hills pada Ahad.
Kon Yeow (tengah) bersama Jeffrey (dua dari kiri) ketika melakukan gimik pelancaran projek Paramount Embun Hills pada Ahad.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM – Projek perumahan terbaharu oleh Paramount Property, iaitu Paramount Embun Hills, dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan gaya hidup lestari di kawasan Bukit Mertajam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Paramount Corporation Berhad, Jeffrey Chew berkata, pembangunan berkeluasan 69.2 ekar di kaki Bukit Mertajam berhampiran hutan simpan itu akan menampilkan konsep perbandaran berpagar dan berkawal.

Projek berkenaan menawarkan sebanyak 497 unit rumah dua tingkat, 69 unit rumah tanpa pagar dan 30 unit pejabat kedai dua tingkat.

Menurut Chew, kepercayaan terhadap pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang menjadi faktor utama pihaknya mengembangkan lagi pembangunan di wilayah Utara.

“Kami yakin Paramount Embun Hills akan menjadi pilihan utama buat keluarga untuk membina kehidupan, di samping menjadi hab komuniti yang menyokong pertumbuhan perniagaan serta gaya hidup seimbang dan harmoni.

Projek berkenaan menawarkan sebanyak 497 unit rumah dua tingkat, 69 unit rumah tanpa pagar dan 30 unit pejabat kedai dua tingkat.
Projek berkenaan menawarkan sebanyak 497 unit rumah dua tingkat, 69 unit rumah tanpa pagar dan 30 unit pejabat kedai dua tingkat.

“Projek ini bakal menjadi penanda aras baharu pembangunan lestari di utara Semenanjung Malaysia. Ia dirancang dengan penggunaan tenaga solar, pengurusan sisa yang bertanggungjawab serta pemuliharaan air dan biodiversiti,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran projek berkenaan di Paramount Property Gallery@Embun Hills, Jalan Icon City, pada Ahad.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Paramount Property, Chee Siew Pin, dan Ketua Pegawai Eksekutif Paramount Property Wilayah Utara, Wang Chong Hwa.

Artikel Berkaitan:

Dalam ucapannya, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri komited merancakkan pemilikan hartanah dengan meneruskan pelaksanaan diskaun lima peratus di bawah Kempen Pemilikan Rumah Madani sehingga tahun hadapan.

“Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan rakyat memiliki rumah, malah membantu mengurangkan lambakan rumah tidak terjual dan merangsang pertumbuhan sektor hartanah,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan negeri sedang giat melaksanakan pelan penyelesaian mobiliti jangka panjang menerusi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), termasuk projek LRT Laluan Mutiara yang bakal menghubungkan tanah besar dan pulau.

Reka bentuk setiap unit di Paramount Embun Hills menitikberatkan konsep kediaman fleksibel untuk keluarga pelbagai generasi, dengan ruang yang luas serta susun atur mesra pengguna.

Antara kemudahan disediakan termasuk kelab rekreasi eksklusif, taman hijau, laluan air serta pelbagai fasiliti untuk semua peringkat umur.

Projek ini turut mengintegrasikan elemen kelestarian alam sekitar seperti penggunaan tenaga solar, sistem tadahan air hujan, bahan binaan mesra alam, dan pengekalan lebih 550 pokok serta tumbuhan tempatan.

Projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 dan merupakan pembangunan ketiga Paramount Property di negeri ini selepas Utropolis Batu Kawan dan Paramount Palmera di Bukit Minyak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!