Program Pentarama Merdeka

A
A
A

Program Pentarama Merdeka @ HOHO anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) kembali menemui rakyat dengan pengisian lebih segar serta penambahbaikan menyeluruh bagi membangkitkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.

Bukan sekadar hiburan, program kali ini turut diselitkan dengan elemen pendidikan dan kesedaran nasional menerusi kuiz berkenaan Malaysia serta sesi penerangan berkaitan publisiti Hari Kebangsaan. Ini bagi melengkapi persembahan nyanyian dan tarian oleh artis-artis Pentarama JAPEN yang sinonim dengan pengisian bertemakan kenegaraan, dan pengedaran Jalur Gemilang.

Pengarah Kanan (Pengurusan) JAPEN Naim Fahmi Ahmad Tajuddin berkata sebagai pembaharuan utama, program yang sebelum ini dianjurkan hanya sehari kini akan berlangsung setiap hari Sabtu sepanjang bulan Ogos.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!