REAKSI RMK13

RMK13
RMK13
A
A
A

Sebagai golongan yang berpendapatan rendah, lega saya dengar apabila pelbagai inisiatif untuk rakyat diteruskan kerajaan pada RMK13 dan ini menunjukkan nasib rakyat seperti kami terus dibela.”

Mohd Fairuz
Mohd Fairuz

- Penunggang p -hailing, Mohd Fairuz Mohd Yasin, 49

Rancangan kerajaan membina sejuta unit rumah mampu milik akan dibina dalam tempoh 2026 hingga 2035 bagi membolehkan seramai mungkin rakyat mendiami kediaman selesa amatlah baik. Bagaimanapun, kemampuan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah masih terbatas. Saya pernah cuba mohon Residensi Madani, tapi tidak pernah lepas. Gaji saya sekitar RM2,000 lebih, masih belum mampu untuk beli rumah sendiri. Saya berharap dapat memiliki rumah selepas inisiatif ini diumumkan.”

Nur Fadhilah
Nur Fadhilah

- Pekerja swasta, Nur Fadhilah Omardin, 31

Sebagai rakyat, bantuan STR atau SARA memang membantu, tapi saya rasa kalau gaji tak naik, hidup masih susah sebab harga barang naik bukan sekali ganda, tapi berganda-ganda. Kalau gaji naik RM100, tapi harga barang naik dua, tiga kali ganda, keadaan akan semakin sukar. Penting juga kawal kenaikan harga barang.”

Artikel Berkaitan:

Hairul Anuar
Hairul Anuar

- Pekerja swasta, Hairul Anuar Rosdi, 43

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!