REAKSI RMK13

Sebagai ibu saya amat bersetuju dengan usaha untuk mewajibkan prasekolah seawal usia lima tahun kerana anak bersekolah awal boleh dikatakan lebih maju ke hadapan dari segi pergaulan bersama rakan-rakan serta aktiviti pembelajaran sebelum meningkat ke sekolah rendah.”

- Peniaga, Nur Amirah Md Kasim, 28
Kami menyambut baik komitmen kerajaan membina satu juta unit rumah dalam RMK13, sebagai langkah penting untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi golongan muda berpendapatan rendah terutamanya kategori B40 dan M40, kami berharap kerajaan meletakkan harga rumah mampu milik ini pada kadar yang benar-benar munasabah dan praktikal, sesuai dengan realiti pendapatan rakyat masa kini.”

- Usahawan muda, Amirul Syahir Musa, 32
Program seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memberikan kelegaan langsung kepada isi rumah B40 dan M40 dalam bentuk bantuan kewangan dan barangan asas. Ia membantu menampung perbelanjaan harian seperti makanan, keperluan anak-anak dan bil utiliti, terutamanya ketika kos barangan terus meningkat.”

- Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
