Lelaki khayal dadah didakwa sengaja hulur kaki bawah lori

Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki disyaki khayal akibat pengaruh dadah yang didakwa sengaja menghulurkan kakinya di bawah sebuah lori. (Gambar kecil: Naazron)
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki disyaki khayal akibat pengaruh dadah yang didakwa sengaja menghulurkan kakinya di bawah sebuah lori. (Gambar kecil: Naazron)
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki disyaki khayal dadah didakwa sengaja menghulurkan kaki di bawah lori yang sedang melalui laluan berhampiran Jalan Pekan Bangi Lama di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 pagi.

Menurutnya, lelaki tidak dikenali itu telah berada di tepi jalan dengan motosikalnya dipercayai dalam keadaan khayal.

"Pemandu lori berusia 33 tahun itu kemudian membuat laporan polis dan menyatakan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) ada disimpan dan dijadikan sebagai bukti sekiranya lelaki terbabit mengatakan dirinya sengaja dilanggar.

"Lelaki (suspek) berusia 43 tahun itu kini berada di hospital dan masih dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek yang tidak mengalami kecederaan itu mempunyai 19 rekod kes dadah dan dua kes jenayah lampau.

Jelasnya, tangkapan akan dibuat apabila prosedur rawatan terhadap suspek selesai dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Nazirulzahin Mohd Hashim di talian 017-8881475 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!