LZS tubuh Jawatankuasa Pemantau Pandemik tangani Covid-19

LZS mengambil langkah berjaga-jaga bagi menangani penularan Covid-19 dengan memeriksa suhu badan setiap pelanggan serta memberikan penutup hidung dan mulut.
LZS mengambil langkah berjaga-jaga bagi menangani penularan Covid-19 dengan memeriksa suhu badan setiap pelanggan serta memberikan penutup hidung dan mulut.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menubuhkan Jawatankuasa Pemantau Pandemik yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya untuk memantau perkembangan terkini koronavirus (Covid-19) di negara ini dan LZS secara rapat.

LZS dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, pihaknya turut mengambil langkah proaktif mencegah Covid-19 di ibu pejabat dan cawangannya bagi melindungi pelanggan dan warga kerja.

Menurut kenyataan itu lagi, ia bagi memastikan keselamatan warga kerja, pelanggan dan semua yang berurusan dengan LZS terjamin, sekali gus mengelakkan perkhidmatan serta kelangsungan operasi LZS terjejas.

“LZS turut mengambil langkah berjaga-jaga bagi menangani penularan Covid-19 dengan memeriksa suhu badan setiap pelanggan dan warga kerja serta menyediakan pembersih tangan sebelum memasuki di ibu pejabat serta cawangan LZS.

“Kebersihan premis LZS turut akan dipantau dan dipastikan berada pada tahap optimum dengan mengadakan proses disinfeksi secara berkala,” menurut kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, masyarakat juga digalakkan memilih transaksi atas talian sebagai alternatif urusan zakat.

Bagi semakan bantuan dan cetakan penyata, layari https://ezo.zakatselangor.com.my, manakala untuk pembayaran zakat sila layari https://fpx.zakatselangor.com.my.

Artikel Berkaitan: