Reruai MAIS tarik perhatian pengunjung karnival

Pengunjung Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 teruja mendapat cenderahati dan mengetahui banyak informasi mengenai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ketika mengunjungi reruai berkenaan.
Pengunjung Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 teruja mendapat cenderahati dan mengetahui banyak informasi mengenai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ketika mengunjungi reruai berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus memperhebat promosi dan publisiti perkhidmatannya agar lebih ramai masyarakat mengetahui serta memanfaatkan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS, Noormala Mohd Saad berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi  penyertaan dalam program berskala besar  yang mendekatkan MAIS dengan masyarakat.

Menurutnya, MAIS menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk pengurusan harta termasuk  hibah dan wasiat, harta pusaka, wang tidak patuh syariah, harta luqatah, fidyah dan sebagainya. MAIS memudahkan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan atas talian bagi faraid iaitu https://efaraid.mais.gov.my/hibah/ dan system wasiat dan hibah MAIS di https://siswa.mais.gov.my/login.

NORMALA
NORMALA

Sehingga kini MAIS telah mengendalikan lebih 7000 dokumen pengurusan harta termasuk surat wasiat, dokumen hibah dan fail harta pusaka dan dijangka angka ini akan terus meningkat. MAIS menyeru masyarat di luar sana segera menguruskan harta melalui MAIS bagi mengelakkan perkara berbangkit setelah kematian.

Selain itu, MAIS turut turut menyediakan perkhidmatan pemulihan ar-riqab bagi membantu mereka yang terbelenggu dengan masalah sosial dan akidah. Masalah akidah termasuk terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat, memurnikan akidah orang Islam yang terpesong. Manakala masalah sosial termasuk terbelenggu dengan dadah, masalah jenayah syariah, amalan salah Islam, gaya hidup songsang dan sebagainya.

Selain pengurusan harta,  MAIS melalui Bahagian Pemulihan Al-Riqab melaksanakan penyerahan bantuan secara sistematik kepada asnaf al-riqab yang memenuhi syarat-syarat.. Bantuan zakat asnaf al-riqab ini akan disalurkan oleh pihak MAIS melalui perantara mana-mana institusi, pusat, NGO Islam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Hukum Syara’ yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf al Riqab supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna menurut Islam.

MAIS juga mempunyai tiga rumah pemulihan Majlis iaitu Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS yang berperanan menguruskan Perkhidmatan Perlindungan, Pemulihan, dan Kaunseling kepada Kumpulan Wanita dan Gadis yang terlibat dengan Gejala Sosial dan Akidah.

Artikel Berkaitan:

Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS dan AADK yang berperanan mengurus dan menyelia hal ehwal pentadbiran Puat Pemulihan Baitul Islah bagi tujuan pemulihan pesakit HIV/AIDS dan Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman yang berperanan menyediakan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling kepada Individu Serta Kumpulan Islam Yang Memerlukan Pemulihan Akidah.

MAIS juga menyediakan perkhidmatan guaman syarie dan konsultasi perundangan secara percuma kepada mereka yang layak. Bantuan guaman syarie ialah perkhidmatan sebagai peguam syarie yang bertindak mewakili pemohon yang berkelayakan bagi kes di Mahkamah Syariah Negeri Selangor kategori umum, mualaf dan bantuan guaman syarie kategori pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah anak.

Bagi konsultasi perundangan MAIS menyediakan perkhidmatan konsultasi perundangan sivil dan syariah melalui platform atas talian oleh peguam bela, peguam cara dan peguam syarie yang bekerjasama dengan MAIS.

Perkhidmatan ini juga disediakan secara bersemuka melalui kaunter di ibu pejabat MAIS. Sehingga Jun sebanyak 496 kes telah mendapatkan khidmat nasihat guaman syarie MAIS dan 56 permohonan untuk perkhidmatan guaman syarie MAIS.

“Selain pengurusan harta, pemulihan akidah dan masalah sosial, guaman syarie dan konsultasi, masyarakat juga boleh memahami tentang perkhimatan lain yang MAIS sediakan termasuk perkhidmatan sewaan hartanah, pendaftaran muallaf, urusan fidyah dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian.

Jelas Normala lagi, menerusi penyertaan dalam program seperti Karnival Siang Malam Karangkraf 2025, MAIS berpeluang memberi penerangan terus kepada masyarakat tentang perkhidmatan yang MAIS sediakan.

“Saya difahamkan, karnival ini menyasarkan kehadiran lebih 200,000 pengunjung dan kita berharap orang ramai yang hadir dan berkunjung ke reruai MAIS dapat memahami berkaitan MAIS dan telah menerima khidmat nasihat secara percuma yang diberikan,” katanya. 

Orang ramai juga digalakkan terus melayari laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Seorang pegawai MAIS memberikan penerangan mengenai perkhidmatan yang diberikan agensi agama itu kepada orang ramai.
Seorang pegawai MAIS memberikan penerangan mengenai perkhidmatan yang diberikan agensi agama itu kepada orang ramai.

Tambah Noormala, MAIS turut terlibat secara aktif dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat Islam di Selangor melalui agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor, Universiti Islam Selangor, Yayasan Islam Darul Ehsan, Baktisuci Sdn Bhd dan Teraju Ekonomi Asnaf Selangor yang berperanan dalam penkhususan masing-masing untuk membantu umat Islam khususnya di Selangor.

“Malahan, kami juga turut menyediakan perkhidmatan dan membantu pembangunan sosio ekonomi ummat Islam, serta pemacu pembangunan jangka panjang khususnya dalam hal ehwal Islam khususnya di Selangor,” katanya.

Normala (dua, kiri) bersama pegawai dan kakitangan MAIS yang bertugas di reruai sepanjang Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 berlangsung.
Normala (dua, kiri) bersama pegawai dan kakitangan MAIS yang bertugas di reruai sepanjang Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 berlangsung.

Sementara itu, seorang pengunjung, Nurul Qazrina Quraishah Ahmad Effendi, 32 memberitahu, kunjungan ke reruai MAIS memberinya peluang untuk mengenali dan memahami pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MAIS kepada masyarakat.

Nurul Qazrina mengakui banyak mendapat maklumat bermanfaat ketika mengunjungi reruai MAIS.
Nurul Qazrina mengakui banyak mendapat maklumat bermanfaat ketika mengunjungi reruai MAIS.

“Saya baru tahu ada pusat perlindungan dan kelas mengaji untuk wanita di bawah MAIS. Tak  sangka banyak juga perkhidmatan lain yang ditawarkan namun tidak diketahui oleh masyarakat.

"Oleh itu, saya berpendapat pihak MAIS boleh menguar-uarkan kepada orang ramai di laman sosial seperti TikTok. Sekarang ramai yang cari maklumat di paltform tersebut," jelasnya.

Bagi seorang lagi pengunjung muda, Sarah Lieyana Khairul Zamri, 15, penglibatan MAIS dalam Karnival Siang malam Karangkraf 2025 dapat menyebarluas peranan MAIS kepada masyarakat.

SARAH LIEYANA
SARAH LIEYANA

Katanya, sebelum ini dia hanya mengetahui peranan MAIS sebagai pihak yang mengurus hal ehwal agama Islam di Selangor.

"Bagaimanapun,  setelah mengunjungi reruai jabatan itu di Karnival Siang malam Karangkraf 2025, saya mula memahami pelbagai perkhidmatan lain yang disediakan oleh MAIS kepada orang ramai tanpa mengira peringkat umur.

"Misalnya Baitul Ehsan MAIS yang menawarkan  khidmat perlindungan, pemulihan akhlak kepada golongan wanita. Remaja yang bermasalah mungkin boleh berubah jika dibantu oleh program sebegini," ujarnya.

NUR ATHILIA
NUR ATHILIA

Nur Athilia Qasih Ahmad Zaidi, 14 pula berpendapat, reruai sebegini sangat bermanfaat kerana orang ramai dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai MAIS.

"Kita boleh mendapatkan maklumat terus daripada wakil MAIS dan dalam masa sama berpeluang menanyakan apa-apa saja secara terus dan jelas.

"Saya sendiri sebelum ni tak tahu pun MAIS ada banyak perkhidmatan. Bukan setakat urusan agama, tapi juga pemulihan sosial terutama untuk golongan remaja.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!