Penyewa larikan tingkap, bumbung dan pintu rumah

Seorang lelaki terkejut apabila rumah yang disewanya hanya tinggal dinding. Penyewa rumahnya bertindak melarikan tingkap, bumbung dan pintu rumah.
Seorang lelaki terkejut apabila rumah yang disewanya hanya tinggal dinding. Penyewa rumahnya bertindak melarikan tingkap, bumbung dan pintu rumah.
A
A
A

MEDAN - Kejadian tidak diduga menimpa seorang pemilik rumah selepas tingkap, bumbung dan pintu 'ghaib'.

Mangsa dikenali sebagai Tumpal Simbolon, warga kabupaten Deli Serdang, Sumatera Utara di Indonesia terkejut melihat keadaan rumahnya di Dusun XI, Desa Banda Khalipah, Kecamatan Percut Sei Tuan, Kabupaten Deli Serdang akibat perbuatan penyewanya, MT.

Struktur seperti rumah terbengkalai itu hanya disedari Tumpal ketika dia mahu mengutip wang sewa daripada MT pada minggu lalu.

"Hanya tinggal struktur dinding batu bata," katanya dalam nada kesal kepada Kompas.com pada Sabtu lalu.

Tumpal percaya MT membongkar rumahnya pada awal bulan lalu ketika ia sedang sibuk melakukan pengebumian anaknya.

"MT membeli rumah itu pada 2014 dan menetap selama 11 tahun. Pada 30 Julai 2024, rumah itu bertukar milik kepada saya melalui proses jual beli dengan harga 150 juta rupiah (RM44,600).

"Dia bersetuju untuk menyewakan rumah tersebut kepada MT dengan bayaran 5 juta rupiah (RM1,485) untuk kontrak selama setahun.

Keadaan rumah bercat biru tersebut seperti dilanda puting beliung turut dikongsikan pemilik akaun @tkpmedan di Instagram dan menerima pelbagai reaksi warganet. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!