KPKT tutup 155 tapak pelupusan sampah terbuka secara berperingkat

Nga Kor Ming. Foto Bernama
Nga Kor Ming. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Sebanyak 155 tapak pelupusan sampah terbuka di seluruh negara akan ditutup secara berfasa sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dalam usaha menangani isu pencemaran bau dan air.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pelaksanaan itu dibuat melalui Pelan Penutupan dan Pemulihan Tapak Pelupusan Tidak Sanitari.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut memperkenalkan kaedah guna semula tapak yang ditutup dengan melaksanakan pemulihan tapak tersebut agar selamat.

“Ia kemudiannya dibangunkan sebagai taman awam Lestari Park, ladang solar dan fasiliti komuniti untuk manfaat masyarakat setempat.

“Inovasi ini bukan sahaja memperindahkan landskap setempat, malah membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta pencemaran tanah dan air bawah tanah,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Manndzri Nasib (BN–Tenggara) yang memintanya menyatakan tindakan yang diambil oleh KPKT dalam menangani isu pencemaran bau dan air yang diakibatkan oleh tapak pelupusan sampah yang tidak dikawal selia dengan baik.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, pihaknya sentiasa komited untuk memperkukuh agenda pengurusan sisa pepejal negara secara sistematik, mampan dan mesra alam.

Pendekatan ini, katanya, merangkumi pelaburan strategik dalam teknologi hijau, pemerkasaan penguatkuasaan di lapangan serta pelaksanaan pelan pemulihan tanah tercemar secara inovatif.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!