Pemandangan berjerebu

A
A
A

Pemandangan berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 76 ketika tinjauan sehingga tengah hari tadi di sekitar pulau Labuan. Bacaan IPU di kawasan Wilayah Persekutuan itu meningkat berbanding bacaan IPU 60 pada waktu tengah hari semalam.

Berdasarkan maklumat laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) kawasan di Sarawak; Mukah (IPU 154) menunjukkan tahap tidak sihat setakat 1 tengah hari ini Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!