Mesyuarat khas pemimpin Thailand, Kemboja bermula

Anwar (tengah) ketika mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet (kiri) dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai (kanan) di Kompleks Seri Perdana pada Isnin. Foto Bernama
Anwar (tengah) ketika mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet (kiri) dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai (kanan) di Kompleks Seri Perdana pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja bagi membincangkan isu pertikaian sempadan yang semakin memuncak telah bermula pada jam 3.15 petang Isnin di Kompleks Seri Perdana di sini.

Perbincangan itu melibatkan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai serta disertai oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D Kagan dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku tuan rumah, Pengerusi ASEAN 2025 dan saksi.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia selaku tuan rumah, Pengerusi ASEAN 2025 dan saksi. Foto Bernama
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia selaku tuan rumah, Pengerusi ASEAN 2025 dan saksi. Foto Bernama

Sebelum ini, kerajaan Thailand telah mengesahkan kehadiran mereka ke mesyuarat serantau anjuran Malaysia itu, dengan harapan perbincangan ini dapat membuka ruang kepada penyelesaian berdasarkan maklumat dan membantu meredakan ketegangan.

Pertikaian sempadan antara kedua-dua negara memuncak pada 25 Julai lalu, sehingga mencetuskan pertempuran bersenjata di kawasan sempadan utara Kemboja.

Media melaporkan bahawa pertempuran tersebut mengorbankan lebih 20 nyawa di pihak Thailand, manakala pihak berkuasa Kemboja pula memaklumkan lima anggota tentera dan lapan orang awam turut terbunuh, selain ribuan penduduk dari kedua-dua negara terpaksa dipindahkan.

Ketegangan ini dilaporkan semakin meruncing sejak 28 Mei lalu, susulan konfrontasi antara anggota tentera berhampiran kawasan sempadan Preah Vihear yang menjadi titik pertikaian, dan telah mengakibatkan kematian seorang tentera Kemboja.

Artikel Berkaitan:

Thailand dan Kemboja sudah sekian lama berselisih pandangan mengenai sempadan bersama sepanjang 817 kilometer, dengan kawasan Preah Vihear sering menjadi fokus utama konflik akibat tuntutan bertindih serta sejarah ketenteraan yang panjang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!