Kediaman cucu Tun M dipecah masuk: Polis dapatkan laporan forensik

Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad
Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad
A
A
A

 

KUALA LUMPUR - Polis masih menyiasat termasuk mendapatkan laporan forensik berhubung kerugian RM1.8 juta selepas kediaman dihuni cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang di sini dipecah masuk baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan polis mendapati terdapat kesan pecah pada kediaman terbabit.

"Rumah itu merupakan milik Mirzan Mahathir tapi didiami anaknya iaitu cucu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Semasa kejadian dia (cucu) tiada di rumah. Kita difahamkan dia jarang tinggal di situ, cuma ada pembantu rumah serta penjaga," katanya ketika ditemui pemberita selepas himpunan di Dataran Merdeka di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan polis.

Tambahnya, polis sedang mengesan pelaku kes terbabit.

"Kerugian dianggarkan RM1.8 juta lebih berbentuk kepada barang kemas lama, mungkin milik peribadi dan sebagainya," ujarnya.

Difahamkan, dalam kejadian pada Rabu itu disedari pembantu rumah mangsa kira-kira jam 3 petang yang menghubunginya untuk memaklumkan bahawa pintu pagar bahagian belakang rumah telah dipotong dan bilik mangsa dimasuki pencuri.

Artikel Berkaitan:

Siasatan dijalankan polis termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kediaman berkenaan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!