NSRC 997 bantu mangsa penipuan dalam talian 24 jam mulai September

Orang ramai diminta hubungi NSRC 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan dalam talian.
Orang ramai diminta hubungi NSRC 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan dalam talian.
A
A
A

KULAI – Orang ramai diminta untuk segera menghubungi Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, NSRC yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal beroperasi secara 24 jam mulai September ini akan membantu mangsa bagi mendapatkan bantuan serta-merta tanpa mengira masa.

“Tak kiralah bila seseorang itu sedar bahawa mereka telah menjadi mangsa scam. Mungkin pada pukul 9 malam atau 11 malam mereka juga masih boleh hubungi nombor 997. Saya harap lebih ramai orang tahu tentang NSRC ini supaya mereka dapat bertindak cepat.

“Saya sendiri menjadi mangsa apabila ada pihak yang gunakan gambar saya untuk iklan palsu. Jadi, saya minta masyarakat supaya lebih berhati-hati, jangan mudah percaya dengan apa yang dilihat di media sosial dan semak dahulu kesahihan sesuatu iklan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kulai dalam satu program libat urus bersama masyarakat setempat pada Sabtu.

Nie Ching berkata, trend penipuan dalam talian kini semakin membimbangkan apabila sebanyak 46,817 hantaran berunsur penipuan direkodkan di media sosial hingga 15 Julai lalu.

Malah dakwanya, sebanyak 80 peratus daripada iklan penipuan dalam talian dikesan berlaku di platform Facebook membabitkan pelbagai modus operandi termasuk pelaburan palsu, jual beli dalam talian dan penipuan identiti.

"Selain itu, saya turut dedahkan bahawa enam akaun media sosial telah dikesan menggunakan gambar saya secara tidak sah untuk menyebarkan maklumat palsu dan memperdayakan orang awam.

"Oleh itu, saya nasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak berkongsi maklumat peribadi. Paling penting, segera hubungi NSRC 997 sekiranya mempunyai sebarang keraguan atau menjadi mangsa penipuan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!