Kerajaan tambah baik ikhtiar dalam Belanjawan Madani Keempat - PM

Pendekatan bersasar itu sejajar dengan ikhtiar kerajaan.
Pendekatan bersasar itu sejajar dengan ikhtiar kerajaan.
A
A
A

PUTRAJAYA- Kerajaan akan terus menambah baik ikhtiar bagi meredakan kos sara hidup rakyat menerusi Belanjawan Madani Keempat (2026) pada Oktober depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebagai kesinambungan kepada ikhtiar kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

"Ikhtiar yang saya umumkan hari ini (Rabu) sebagai tanda penghargaan kepada rakyat atas kecekalan bersama-sama dalam perjalanan pembaharuan Madani untuk negara serta sebagai bantuan segera bagi tahun ini," katanya dalam pengumuman penghargaan luar biasa untuk rakyat pada Rabu.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan lima langkah segera bagi meredakan tekanan kos sara hidup rakyat, meskipun kadar inflasi keseluruhan Jun 2025 mencatatkan hanya 1.1 peratus, terendah dalam tempoh 52 bulan.

Ia merangkumi bantuan tunai sekali bayar RM100 untuk semua rakyat berumur 18 tahun ke atas; pengisytiharan 15 September sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia; peruntukan penganjuran Juala Rahmah Madani ditingkatkan sekali ganda lagi menjadi RM600 juta dan penangguhan kenaikan kadar tol serta harga RON95 diturunkan kepada RM1.99 pada akhir September.

Pendekatan bersasar itu sejajar dengan ikhtiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat dan mengurangkan pembaziran subsidi.

Bagi tahun 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!