[VIDEO] Kadar tol kekal, kerajaan tanggung lebih RM500 juta - PM

A
A
A

PUTRAJAYA - [DIEKMAS KINI] Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol melibatkan 10 lebuh raya tahun ini bagi memastikan rakyat terus menikmati kadar sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat walaupun pelarasan kadar tol sepatutnya berlaku mengikut perjanjian konsesi.

Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol melibatkan 10 lebuh raya tahun ini bagi memastikan rakyat terus menikmati kadar sedia ada. Gambar hiasan
Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol melibatkan 10 lebuh raya tahun ini bagi memastikan rakyat terus menikmati kadar sedia ada. Gambar hiasan

"Susulan penangguhan ini, kerajaan akan menanggung kos melebihi RM500 juta," katanya dalam satu pengumuman pada Rabu.

Menurut beliau, antara lebuh raya yang terlibat termasuk Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

Anwar ketika menyampaikan pengumuman berkenaan pada Rabu.
Anwar ketika menyampaikan pengumuman berkenaan pada Rabu.

Langkah itu merupakan salah satu daripada lima ikhtiar segera kerajaan bagi  meredakan kos sara hidup. 

Artikel Berkaitan:

Anwar berkata, 10 lebuh raya dijadual mengalami kenaikan kadar tol. 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!