PM tambah debaran rakyat, muat naik video 'saya ulang'

Tangkap layar video yang dimuat naik Anwar di Facebook beliau.
Tangkap layar video yang dimuat naik Anwar di Facebook beliau.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIEKMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menambahkan lagi debaran rakyat yang tidak sabar menunggu pengumuman istimewa pada Rabu apabila memuat naik video pendek yang pernah tular di Facebook beliau.

Video selama 12 saat itu merupakan potongan daripada ucapan lama beliau.

"Saya ulang, hari ini dalam pilihan raya kita menang, saya umum," katanya dalam klip video berkenaan seolah-olah menggambarkan satu manfaat besar bakal diterima rakyat.

Lebih menarik, video itu turut memaparkan potongan babak dalam filem Tan Sri P Ramlee yang menyanyikan lagu Tunggu Sekejap.

Setakat jam 9.30 pagi Rabu, video berkenaan sudah meraih dua juta tontonan.

Terdahulu, Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan pengumuman penghargaan kepada rakyat tersebut akan dibuat jam 10.30 pagi.

Anwar pula berharap pengumuman yang bakal dibuat itu akan membawa manfaat buat segenap rakyat. 

Beliau berkata, ia sekali gus mencerminkan usaha bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera.

Anwar minggu lalu memberitahu satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia akan dibuat dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!