Didi & Friends meriahkan Karnival Sukan AKE

Edison (tiga dari kiri) bersama Bakhtiar (dua dari kiri) dan Dr Nor Fadilah (kiri) menerima pengiktirafan MBOR atas 'Penyertaan Kanak-kanak Teramai Dalam Aktiviti Penceritaan'. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Edison (tiga dari kiri) bersama Bakhtiar (dua dari kiri) dan Dr Nor Fadilah (kiri) menerima pengiktirafan MBOR atas 'Penyertaan Kanak-kanak Teramai Dalam Aktiviti Penceritaan'. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SERDANG - Kemunculan watak popular animasi Didi & Friends mencuri tumpuan apabila berjaya memeriahkan penganjuran Karnival Sukan Al Kauthar Eduqids (AKE) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada Ahad.

Kehadiran watak kartun popular seperti Didi, Nana dan Jojo pada karnival sukan tersebut berjaya menarik kira- kira 20,000 pengunjung dari seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif AKE, Datuk Bakhtiar Aliff Ibrahim berkata, walaupun kerjasama bersama Didi & Friends telah terjalin sejak hampir setahun lalu, karnival ini menjadi platform pertama untuk memperkenalkannya secara rasmi kepada umum.

“Kami memilih pelancaran muzik video Baby Khalifah sebagai simbolik permulaan kerjasama ini.

“Muzik video tersebut akan disiarkan secara rasmi di YouTube Didi & Friends,” katanya ketika sidang akhbar pelancaran karnival sukan berkenaan.

Hadir sama Penolong Naib Presiden Kanan, GenNext Studios, Edison Cheam; Ketua Pegawai Operasi AKE, Datin Dr Nor Fadilah Alias dan wakil Astro yang juga penerbit Didi & Friends, Izrol Izzuddin Ahmad.

Lebih menarik, Bakhtiar berkata, karnival sukan itu mengetengahkan konsep baharu bertemakan Adam dan Ayra yang menggabungkan elemen permainan, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak melalui karakter popular seperti Didi, Nana dan Jojo.

“Sejak ditubuhkan pada 2013, kini AKE mempunyai hampir 300 cawangan di seluruh negara dengan kemasukan pelajar mencecah 10,000 orang setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, Izrol menyifatkan kerjasama bersama AKE sebagai satu pencapaian bersejarah buat jenama tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Kami sangat berbesar hati kerana buat pertama kalinya Didi & Friends berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ‘Penyertaan Kanak-kanak Teramai dalam Aktiviti Penceritaan’,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!