“Inikah hasilnya?" - Bapa Zayn Rayyan luah rasa kecewa, tidak puas hati
21 Julai 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
“Saya dah beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis, saya percaya mereka akan tangkap pembunuh anak saya... tapi inikah hasilnya? ".
Itu luahan penuh kecewa Zaim Ikhwan Zahari, bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, sejurus selesai prosiding sambung bicara di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ketika ditemui pemberita pada petang Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan jurukamera, Azim Azmi.
Zaim yang sebelum ini dibebaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan mengabaikan anak autisme itu, tampil memberi reaksi penuh emosi di hadapan media selepas isterinya, Ismanira Abdul Manaf diperintah membela diri.
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf!
25–27 Julai
9 pagi – 12 tengah malam
Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesZaynRayyan #ZaynRayyan #KarnivalSiangMalam
