[VIDEO] “Inikah hasilnya?" - Bapa Zayn Rayyan luah rasa kecewa, tidak puas hati

A
A
A

PETALING JAYA – “Saya dah beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis, saya percaya mereka akan tangkap pembunuh anak saya... tapi inikah hasilnya? "

Itu luahan penuh kecewa Zaim Ikhwan Zahari, bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, sejurus selesai prosiding sambung bicara di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ketika ditemui pemberita pada petang Isnin.

Zaim yang sebelum ini dibebaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan mengabaikan anak autisme itu, tampil memberi reaksi penuh emosi di hadapan media selepas isterinya, Ismanira Abdul Manaf diperintah membela diri.

Zaim Ikwan Zahari ketika ditemui pemberita di luar bangunan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Zaim Ikwan Zahari ketika ditemui pemberita di luar bangunan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

“Sepanjang ini saya beri sepenuhnya kerjasama dan kepercayaan kepada pihak polis untuk mencari pembunuh anak saya... yang masih bebas di luar sana.

“Tetapi inikah hasilnya?” katanya dengan nada kesal.

Apabila ditanya adakah beliau tidak berpuas hati dengan perjalanan kes, Zaim tidak berselindung menyatakan ketidakpuasan hatinya.

“Sebabnya... perbicaraan ini sepatutnya tak ada. Ini semua mengarut,” katanya ringkas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!