PGA gagalkan cubaan seludup lembu bernilai RM150,000

PGA berjaya menumpaskan cubaan menyeludup lembu apabila menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Utama Banggol Setol di sini pada Ahad. Foto PGA
PGA berjaya menumpaskan cubaan menyeludup lembu apabila menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Utama Banggol Setol di sini pada Ahad. Foto PGA
A
A
A

PASIR MAS – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup lembu apabila menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Utama Banggol Setol di sini pada Ahad.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan terhadap lori terbabit yang dilakukan sekitar jam 12.15 tengah malam menerusi Op Taring Kandang membawa kepada penemuan 10 ekor lembu di bahagian belakang kenderaan berkenaan.

Menurut beliau, pemandu berusia 20 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan pemindahan lembu berkenaan untuk rujukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Siasatan awal mendapati lembu itu dipercayai dibawa masuk dari Thailand dan suspek bertindak sebagai penghantar ke pasaran tempatan.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM150,000,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953, manakala tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!