Ahmad Shabery dilantik semula sebagai Pengerusi Felda

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengumumkan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah dilantik semula sebagai Pengerusi Felda.
Jabatan Komunikasi Strategik Felda berkata, Ahmad Shabery menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan untuk terus menerajui Felda.
"Pengurusan dan seluruh warga Kumpulan Felda menyambut baik pelantikan semula ini.
"Kami yakin bahawa pengalaman, wawasan serta komitmen tinggi Ahmad Shabery Cheek akan terus membawa Kumpulan Felda melangkah lebih jauh seiring dengan hasrat Malaysia Madani," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Untuk rekod, Ahmad Shabery dilantik sebagai Pengerusi Felda pada Julai 2023 dan ditamatkan kontrak pada 30 Jun lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

