Anwar tidak berhasrat ambil tindakan terhadap MP PKR berbeza pandangan - Fahmi

Fahmi Fadzil (dua dari kiri) hadir pada pertemuan bersama pimpinan Keadilan Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini. Foto Bernama
Fahmi Fadzil (dua dari kiri) hadir pada pertemuan bersama pimpinan Keadilan Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap beberapa Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berbeza pandangan dengan beliau dan parti dalam beberapa isu.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, malah Anwar selaku Presiden parti turut meminta ketua-ketua cabang serta anggota PKR yang lain supaya menghormati pandangan yang diberikan beberapa wakil rakyat tersebut dan bersama bergerak ke hadapan mengukuhkan kekuatan parti.

"Perdana Menteri telah menyatakan bahawa bagi beberapa orang Ahli Parlimen yang berbeza pandangan dalam beberapa isu, beliau tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan.

"Mereka berhak untuk menyatakan pandangan masing-masing dan Perdana Menteri telah meminta ketua-ketua cabang dan anggota faham perkara ini dan terus melangkah ke hadapan (move on),” katanya.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi perjumpaan Presiden PKR bersama pimpinan PKR Selangor di sini hari ini.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!