PGA rampas rokok seludup hampir RM1 juta

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 500,000 batang rokok bernilai hampir RM1 juta di sebuah bangunan kosong di Pulau Tengkorak, di sini pada Rabu.
Serbuan pada jam 12.30 tengah malam itu dilakukan semasa Op Taring Wawasan.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rokok terbabit dipercayai dibawa masuk dari negara jiran melalui pangkalan haram di Sungai Golok.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(e) Akta Kastam 1967.
"Kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

