Saya seorang yang pemaaf: Fazura

Pelakon, Fazura
Pelakon, Fazura
A
A
A

PELAKON dan penyanyi terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, tidak ambil hati dengan kata-kata segelintir netizen yang mengatakan dia tidak boleh menyanyi.

Fazura, mengulas mengenai pencapaian apabila dia menerima anugerah platinum menerusi album pertamanya yang mencatat jualan tinggi, baik untuk fizikal dan digital, baru-baru ini.

"Daripada saya tidaklah, kerana saya seorang yang pemaaf. Apa yang telah terjadi itu semua ALLAH telah aturkan.

“Saya tak mahu salahkan sesiapa dan nak hidup secara tenang. Saya bersyukur dengan apa yang ALLAH telah kurniakan hari ini,” katanya kepada Sinar Harian.

No Image Caption

Terkejut dengan perkhabaran itu, tiada lain di bibir pelakon jelita itu hanya mampu mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa.

“Alhamdulillah ini adalah satu hadiah untuk pembukaan untuk tahun baharu saya yang cukup bermakna.

“Semestinya penyumbang utama kepada anugerah ini adalah ALLAH SWT, semuanya datang dari-NYA. Kedua pula datangnya daripada peminat saya yang sentiasa percayakan saya.

Artikel Berkaitan:

“Mungkin lagu-lagu saya yang ada di dalam album itu secara tidak langsung menambat hati mereka,” kata bintang filem The Legend of The Pontianak ini lagi.

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin bakal tampil dengan single berbahasa Inggeris, Can’t Forget Me pada 18 Januari 2019.

Lagu dan muzik video itu akan dilancarkan pada 18 Januari 2019 di semua rangkaian media digital seperti iTunes, Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX dan KKBOX.