X

Kindly register in order to view this article
!

Majlis Setiausaha PH kecam tindakan serang Khalid Samad

Khalid Samad - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) mengecam keras tindakan sekumpulan individu menyerang Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di Kuala Terengganu malam tadi.

Melalui satu kenyataan hari ini, pihaknya terkejut menerima berita berkenaan dan mahu polis menyiasat segera insiden berkenaan dan mendakwa pihak terbabit.

"Terima kasih kepada polis yang memberi kerjasama memastikan keselamatan Khalid sehingga beliau tiba di lapangan terbang pagi tadi, " kata kenyataan itu.

Hari ini, beberapa portal berita melaporkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad didakwa dipukul dan diserang dipercayai kerana mengeluarkan kenyataan menyentuh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Difahamkan Khalid berada di Kuala Terengganu bagi menyertai program jelajah politik dan beliau turut berkongsi menerusi FB Live.

Susulan kejadian itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu.

Bagaimanapun Khalid melalui Twitternya memaklumkan beliau dalam 'keadaan okay'.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus